Monday, January 11, 2016

Puding Sedut

Beberapa minggu kebelakangan ni cuaca agak panas. Agak berlainan dari biasa. Pada tahun-tahun lepas kalau hujung Disember membawa hingga ke awal Januari, biasanya hujan iaitu musim tengkujuh. Jadi tekak pun selalu terasa kering. Terlihat resepi Puding Sedut di blog Azlita Masam Manis. Nampak sedap pulak. Bila tengok bahan-bahan yang diperlukan ada di dapur, maka teruslah buat. Botol-botol untuk isi puding tu adalah dari cenderahati majlis perkahwinan yang biasa diisi kekacang.



Perasa Pandan (hijau), perasa Vanila (putih) & perasa koko (coklat)












Meh tengok resepi kat bawah ni atau boleh klik sini:


PUDING SEDUT'

Bahan-bahan:

1 sudu teh serbuk agar-agar
1000 ml air
1/2 cawan gula halus
1 cawan susu cair atau susu segar
1 cawan creamer atau coffemate atau susu tepung
1 sudu teh esen vanilla
pewarna makanan
esen makanan ~ esen strawberi/emulco , pes pandan/emulco atau lain-lain perisa


Cara-cara:


  1. Satukan agar-agar, gula halus, susu tepung, susu segar, air dan vanilla ke dalam periuk. Kacau rata. Kemudian masak atas dapur hingga mendidih.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang di sukai dan letakan perisa:     Contoh ~ warna purple dengan perisa blueberry, warna hijau dengan pes pandan, warna kuning dengan nenas dan merah jambu dengan strawberi.
  3. Sediakan botol kaca secukupnya. Anda boleh buat 1 jenis untuk setiap botol atau jenis yang bercampur yang lebih di kenali dengan nama 'paddle pop'
    Untuk adunan satu warna atau satu perisa, tuangkan dalam botol dan sejukkan. 
  4. Untuk adunan paddle pop pula, tuangkan 1 layer warna contoh hijau di bahagian dasar botol dan sejukkan. Bila dia dah mula mengeras, tuangkan pula lapisan yang lain dan lakukan proses yang sama hingga habis semua warna. 
    Sejukkan dalam peti ais dan hidangkan dingin dengan straw.

Tip:

  • Jika ingin menggunakan perasa Nescafe, Mocha atau Milo, bila agar-agar dan mendidih, ambil dalam 2 senduk, tuang dalam cawan atau mangkuk. Kemudian letakkan serbuk Nescafe atau Milo mengikut citarasa. Kacau rata. Kemudian tuangkan dalam adunan yang lain dan sebatikan
    Barulah tuang dalam botol dan dinginkan




Sunday, September 13, 2015

MAK DALAM KENANGAN - 13 SEPTEMBER 1991

Masih teringat lagi, malam tu lebih kurang pukul 11.30 malam hari Jumaat aku & beberapa teman rapat sedang lepak di bilik TV di asrama U**M. (Waktu tu aku di semester 1 tahun akhir pengajian). Kedengaran pengumuman melalui pembesar suara yang menyatakan ada pelawat yang ingin berjumpaku. Bila aku keluar, kulihat Abg F***h datang dan mengajakku pulang ke kampung. Hati rasa tak sedap; pertama: dia tak pernah datang melawatku dan kedua: hari dah tengah malam. Bila kutanya kenapa, dia tak nak bagitahu. Aku berkeras menyatakan jika tak diberitahu sebabnya, aku tak mahu ikut pulang.

Dia terpaksa memberitahu yang Mak dah dijemput oleh Penciptanya pada jam 10.00 malam tu. Bila mendengar berita tu, aku terus rasa tak keruan. Sedih, rasa kehilangan dan sebagainya. Pada siangnya semasa menghantar adikku ke Puduraya (dia nak pulang ke I*M Dungun kerana cuti semesternya dah berakhir) aku memang telah membeli tiket bas untuk pulang ke kampung pada keesokan harinya (Sabtu) kerana Adik ada memberitahu yang Mak demam. Jadi aku bercadang untuk balik dan lihat keadaanya.

Nak dipendekkan cerita malam tu aku dibawa pulang oleh Abang F***h. Suasana agak sunyi dalam kereta hinggalah sampai ke kampung. Menurut kata Akak, Mak dah demam dalam 2-3 hari. Malam tu pukul 9.00 lebih Mak kata dia rasa sesak nafas dan minta Akak bawa dia ke klinik. Akak dan Udo (suami Akak) pun bawa Mak ke klinik. Tapi dalam perjalanan tu, lebih tepat lagi sewaktu melalui tengah sawah nak ke jalan besar tu, Mak rasa sangat sesak nafasnya. Akak pangku Mak dan Mak tarik nafas beberapa kali, Akak minta Mak mengucap dan terus terkulai di pangkuan Akak. Perjalanan ke klinik diteruskan, tapi bukan untuk merawat tetapi untuk mengesahkan kematian. Setelah selesai semua urusan, jenazah Mak pun dibawa pulang ke rumah. 

Aku sampai di kampung dalam pukul 2.30 pagi. Terus lihat jenazah Mak, sangat tenang wajahnya. Bacakan ayat-ayat suci Al Quran. Jenazah dimandikan sekitar jam 10.00 pagi keesokan harinya. Kami semua anak-anak perempuan dan keluarga terdekat memandikannya. Jasadnya sangat bersih dan urusannya sangat mudah. Setelah dikafankan, jenazah dibawa ke Masjid Lonek, disembahyangkan dan dikebumikan di sebelah pusara abangku Mohd Rais yang meninggalkan kami pada tahun 1973.

Setiap kali teringatkan Mak, secara automatik airmata akan mengalir laju. Teringat pengorbanannya yang aku sendiri takkan terbuat macam mana yang dia dah lalui dan lakukan. Membesarkan anak seramai 7 orang tanpa sebarang kemudahan di rumah seperti sekarang. 7 orang dengan 7 ragam.

Pengorbanan kasih-sayang dengan mak tua kerana Mak isteri kedua. Pengorbanan menyekolahkan anak-anak walaupun dia sendiri tak pandai membaca rumi (kemudian Mak masuk kelas dewasa yang membolehkan beliau membaca rumi yang tulisannya besar-besar). Alhamdulillah Mak boleh membaca tulisan jawi dan ini memudahkan mak membaca Al Quran. Rasanya arwah abah yang ajar. Ini kerana abah memang boleh faham Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

Aku dilahirkan ketika Mak berumur 41 dan Adik ketika mak berumur 44 tahun. Di umur itu kalau nak ikutkan kudrat Mak taklah sekuat mana. Tapi di hari-hari yang giliran abah di rumah mak tua, Mak akan hantar aku dan adik ke sekolah dengan motor Suzuki terpakai yang abah belikan dari seorang pekerja Indonesia di kampung kami (BAU 5531). 'Spot' yang selalu Mak turunkan dan tunggu kami adalah di bawah pokok manggis di luar kawasan sekolah. Tak kira hujan atau pun panas. Pokok manggis tu pun dah tiada lagi di situ. Kadang-kadang aku naik basikal ke sekolah, itu pun kalau ada aktiviti ko-kurikulum atau projek tanam sayur di sekolah. Jika tak memang Mak akan hantar.

Masih ingat lagi waktu aku nak pergi temuduga untuk masuk matrikulasi U**M, abah baru meninggal masa tu. Aku pergi interview tu pun menumpang kereta I**h (kawan baik dari sekolah rendah). Ayah dan sepupunya tolong hantarkan kami. Pagi-pagi lepas subuh Mak hantar aku ke rumah I**h sebab nak bertolak awal. Rumah I**h terletak lebih kurang 5 km dari rumah kami. Alhamdulillah kami berdua berjaya dalam temuduga tu dan berjaya menamatkan pengajian & dapat menggenggam segulung ijazah. Ini semua adalah berkat dari doa dari ibu bapa kami. 

Hari ni genaplah 24 tahun Mak meninggalkan kami. Mak tak dapat melihat 2 anaknya yang berjaya ke universiti mendapat ijazah dan berkahwin  tapi aku percaya Allah akan memberi ganjaran kepada ilmu yang bermanfaat yang diajarkan oleh setiap ibubapa kepada anaknya. Moga itu menjadi 'bonus' yang berpanjangan buat semua ibubapa hingga ke akhirat.

Moga Mak, Abah, Ateh dan semua waris yang telah mendahului kami ditempatkan di kalangan orang beriman. AAmiin.


*Coretan lain berkenaan Mak akan menyusul 



Monday, June 29, 2015

SYD - KUL (Delayed post)

Di sini hotel check-out time adalah pada pukul 10.00 pagi. Malam tu kami dah siap kemaskan beg. Dah settle semua, jam 8.30 pagi aku ke Paddy's Market untuk mencari sedikit lagi barangan kiriman anak-anak. Sampai kat situ cuma ada beberapa kedai yang dah buka. Dapatlah barangan yang dicari walaupun harganya tak dapat seperti harga kami pergi masa hari Ahad tu. Nak buat macam mana, terpaksalah sebab kekangan masa dan dah janji dengan Khai akan ada di Lobby apartment paling lambat jam 9.40 pagi kerana airport shuttle akan sampai jam 10.00 pagi.

Perjalanan ke Sydney Kingsford Airport cuma mengambil masa 15 minit. Dah check-in luggage, kami jalan-jalan di kedai-kedai dalam airport sambil menunggu masa solat Zohor. Solat Zohor di Prayer Room di Tingkat 2. Seperti biasalah, prayer room biasanya bercampur lelaki dan perempuan tetapi itu tak jadi masalah. Lengkap disediakan selipar, sejadah dan telekung.




Pada mulanya nak lepak minum-minum kat luar tapi kami tukar fikiran nak minum kat dalam. Nasib baik kerana barisan untuk masuk saaaangaaatlah panjang. Kami beratur dalam 30 minit untuk sampai ke Imigresen yang cop passport. Then beratur untuk check barang. Tapi dipermudahkan kerana aku dan Khai diberi potong 'Q' sebab aku bertongkat agaknya. So tak delah nak beratur panjang untuk kali kedua;-)


Kami sampai di gate berlepas lebih kurang 40 minit sebelum masa untuk terbang. Alhamdulillah kami tiba di KLIA walaupun lewat 20 minit dari yang sepatutnya.

Day 4 - Blue Mountains (Delayed Post)

Masa bangun Subuh, hujan turun dengan lebatnya. Dalam hati dok terfikir hancurlah harapan nak tengok The Three Sisters dan Katoomba Waterfalls kalau hujan macam ni. Masa kami keluar tu masih hujan renyai-renyai. Kami naik train dari Townhall ke Central dan terus ambik the earliest train (Central - Bathurst Line) ke Katoomba which is at 7.04 am. Agak ramai jugak orang kat dalam train tu. Hujan masih lebat dan aku tak henti-henti berdoa dalam hati agar cuaca elok bila sampai di Blue Mountains. Macam nilah kalau travel di musim sejuk di sini rupanya. 

Perjalanan mengambil masa 2 jam ke Katoomba. Mata tak mau pula lelap. Jadi cuba menghayati alam ciptaan Ilahi bersulamkan hujan dan kabus. Dari Central Station, Katoomba adalah stesen yang ke 23....pheww lama gak tu memandangkan mata tak boleh nak tidur. Mungkin terlalu excited. Kami sampai di Katoomba jam 9.04 am. Hujan masih lebat. Maka baju hujan pun dikeluarkan. Kerana hujan terlalu lebat dan Katoomba ni kawasan tanah tinggi, udara memang sejuk (<10 baik="" bawak="" celcius="" comment-10--="" kami="" menggeletar="" nasib="" sarung="" tangan:-="" tangan="">

Kami pun berjalan untuk melihat jadual bas di depan Hotel Carrington. Sewaktu kami berjalan tu ada seorang hamba Allah memberi salam dan menghulurkan payung kepada kami. Kami ambil dan terus melihat jadual bas. Memandangkan bas akan tiba dalam setengah jam lagi, kami pun berjalan ke deretan rumah kedai berdekatan. Dengan harapan ada kedai yang bukak untuk kami bersarapan dan memulangkan payung hamba Allah. Bila dicari memang dah tak nampak lelaki tadi....misteri gak tapi memang rezeki & pertolongan Allah ada di mana-mana. Malangnya takde pulak kedai yang bukak. Yelah pekan kecik, semua orang makan di rumah gamaknya. Jadi kami pun duduk di hentian bas di depan hotel. Ikut jadual bas akan datang pada jam 9.30 pagi.

Menunggu bas di depan Hotel Carrington
Perjalanan dari Katoomba ke Blue Mountains cuma dalam 10 - 15 minit. Memandangkan hari masih hujan, kami bercadang untuk ke Scenic World dulu. So pejam mata bayar AUD35 sorang untuk naik those rides. Kami mencuba Railway dulu.


Naik Scenic Railway dulu dengan kecuraman 45 darjah naik & turun



The Three Sisters in the background...berkabus

An old mining office


Orang belum ramai kerana masih awal pagi. Memang best and view sangat awesome. Bila sampai ke bawah hari dah tak hujan tapi masih berkabus. Kami trekking ke Katoomba Falls view. Melalui denai yang basah dan lecak dek hujan. Trek sangat cantik cuma lopak-lopak air yang melambatkan pergerakan. Kami berjalan perlahan sambil mengelak lopak-lopak dan akar-akar kayu yang melintang di tengah trek. Mengimbau kenangan zaman kampus mendaki gunung:-D Gigih sungguh kami, walaupun dengan kudrat yang tak seberapa;-)






Tak nampak bahagian atas Katoomba Waterfalls ni kerana kabus yg tebal




Indahnya ciptaan Allah dan tak pernah terfikir akan sampai sejauh ini untuk menikmati ciptaanNya. Sesi fotografi sepuasnya sambil mencari shot yang menarik. Dah puas kami naik semula train dan meneruskan dengan Skyway.

Skyway ride adalah perjalanan merentasi lembah yang di bawahnya mengalir air dari Katoomba Waterfalls. Kita akan nampak jugak Three Sisters dan Jamison Valley dari sini. Sangat cantik dan tak dapat diucapkan dengan kata-kata. Dah berfoto-foto kami pulang ke stesen dan naik Cableway pula.


Di dalam Skyway ride

Kalau musim panas pasti jelas pemandangan di bawah

Katoomba Waterfalls

Katoomba Waterfalls dari lantai Skyway

Pemandangan dari Cliff View






Cableway ni lebih curam perjalannya berbanding Skyway dan membawa kita melihat lebih dekat kepada Orphan Rock. Dari sini kita boleh juga melihat Three Sisters dan Katoomba Waterfalls.
Orphan Rock

Orphan Rock dari dalam Cableway

By this time pelancong dan semakin ramai. Kami terus keluar untuk menunggu bas untuk ke Echo Point pulak. Echo Point adalah anjung tinjau untuk kita melihat dengan lebih dekat formasi Three Sisters. Alhamdulillah sewaktu kami sampai di situ hari dah agak panas dan kami dapat melihat dengan jelas The Three Sisters. Kawasannya agak lapang dan dapat menampung pelancong yang ramai pada satu-satu masa. Untuk view yang lebih cantik boleh ke bahagian bawah. Kami cuma ambik gambar serba-sedikit sebab kaki dah penat gara-gara jungle trekking pagi tadi.


Pemandangan 3 Sisters dari Echo Point


Mereka2 yg menjumpai Blue Mountains




Stesen Keretapi Katoomba
Ronda-ronda di souvenir shop sambil menunggu Trolley Bus. Sampai di Katoomba station dalam hujan dan kami naik train jam 2.15 petang untuk pulang ke Sydney. Sampai di apartment terus solat dan kemudian turun cari makanan kerana belum makan dari tengahari. Kami makan di kedai pizza & kebab yang sedap berdekatan apartment.




Alhamdulillah....

Sunday, June 21, 2015

Sydney Trip - Day 3 (Delayed post)

Plan asalnya Khai's counterpart nak bawa kami jalan-jalan ke Manly, itu pun kalau hari tak hujan. Bila bangun pagi tu, hujan tersangatla lebatnya. So plan B kami adalah ke Queen Victoria Building (QVB). Bangunannya merupakan bangunan lama yang dibina sekitar tahun 1893 -1898. Di sini banyak butik-butik yang menjual jenama-jenama terkenal dunia. Hiasan dalaman dalam bangunan ini sangat klasik dan memang sangat cantik. Bahagian bawah tanahnya bersambung dengan stesen keretapi Town Hall. Setelah sesi bergambar di beberapa tingkat di bahagian atas, kami terus ke bahagian bawah tanah ie. basement.

Misi kami: Victoria's Basement...outlet yang menjual peralatan dapur pada harga diskaun yang SANGAT menarik. Kalau dah perempuan kan...macam-macamlah yang kami idam, kami jumpa. Jadi membelilah dengan ala kadar....takut tak muat beg. Bolehlah dikatakan dapat a good catch juga. Mujur tak bawak extra bag dan masih tidak menggunakan wang plastik. Masih boleh bertahan dengan wang tunai yang telah dibajet dengan baik.















Next stop is misi mencari macaron La Duree yang dikatakan sangat sedap. Jadi kami ke Westfield Shopping Centre yang terletak tak jauh dari QVB. Dah dapat La Duree, kami pun pulang ke apartment untuk solat then kami ke Sydney Opera House untuk mengabadikan gambar kami di sana pulak...at least we've been there and done that. 






Pemandangan di Sydney Opera House di waktu siang. Masih hujan renyai-renyai.



Aku seterusnya meneruskan misi jalan-jalan ke Sydney Fish Market (SFM) dan Khai pulang ke apartment kerana ada discussion pada jam 2.30 petang. Aku naik bas dari Circular Quay. Perjalanan ke Fish Market mengambil masa selama 15 - 20 minit. Sampai je, hujan turun dengan lebatnya. So terpaksalah berteduh di kedai-kedai yang ada di situ. 




Harga pun boleh tahan


Besar-besar

Pekerja membersihkan tiram




Ad juga dijual buah-buahan dah sayur-sayuran...


Manggis pun ada tapi dah kering

Strawberi yang besar-besar







SFM ni dikatakan salah sebuah pasar ikan yang terbesar di Hemisfera Selatan. Info lanjut di sini. Maka terujalah nak melihat pasar ikan yang besar ni kan.... Bila hujan dah reda sikit baru aku masuk ke pasar ikan tu. Kawasannya agak luas dan bersebelahan dengan pelabuhan pendaratan ikan. A beautiful scenery dengan burung-burung camar yang terbang dan hinggap di situ. 

Suasanan lepas hujan...




Ronda-ronda di dalam tu yang menempatkan deretan restoran yang menjual pelbagai makanan laut. Kita boleh memilih segala macam hasil laut dan meminta pekerja masak ikut menu yang tertera. Memang rambang mata dan pelbagai saiz. Aku beli kombo 'fish & chips + scallops + calamari' dari satu kedai Japanese yang hanya menghidangkan makanan vegetarian dan seafood. Jadilah sekadar untuk merasa.


Dah habis ronda-ronda, aku balik naik tram dari situ ke Stesen Paddy's Market dan jalan kaki ke apartment. Dah solat jamak, kami terus ke Stesen Keretapi Townhall nak naik train ke rumah Nor. Nor ni adalah anak kepada babysitter yang menjaga anak aku Atikah semasa kami tinggal di Ampang Jaya. Rumah Nor kat Baulkham Hills which is about 40 minutes from Town Centre. Kami turun di Seven Hills station dan Nor dah ready nak ambik kami dengan si comel Zarya Jane. Kami lepak-lepak, borak-borak & makan-makan till about 9.30 malam. Rezeki kami dihidangkan dengan mee kari yang sedap dan banana bread yang amat sedap jugak.



We reached the apartment around 10.30 pm walaupun penat tapi hati & perut kami happy:-D